SHAKLEE EFFECT

SHAKLEE EFFECT

Thursday 9 October 2014

MEMAAFKAN ORANG UNTUK LEBIH BERJAYA

                 



Sekitar tahun 2008 saya berpeluang untuk mengikuti satu kelas motivasi dan yang menjadi speaker hari itu merupakan seorang doktor perubatan telah berkongsi satu kisah berkenaan pesakit beliau.Pesakit beliau merupakan seorang wanita lewat 30an dan di dapati mengidap kanser tahap awal.
Semasa perbualan dengan pesakit tersebut ,doktor itu menanyakan latar belakang wanita terbabit. Wanita itu menerangkan yang beliau adalah seorang anak angkat.Beliau tidak pernah berjumpa dengan keluarga kandung dan mengatakan tidak akan memaafkan ibu beliau atas apa yang berlaku.Sepanjang usia wanita ini beliau tidak pernah memaafkan dan berdendam dengan ibunya sendiri.Semenjak mengetahui keadaan beliau yang menghidap kanser beliau banyak muhasabah diri dan mengambil keputusan untuk memaafkan ibunya.Setiap malam sebelum tidur beliau berdoa dan mengatakan dalam doa tersebut yang beliau memaafkan ibunya dunia akhirat dan memohon kepada Allah semoga di pertemukan dengan ibu beliau bersama-sama di dalam syurga.
Semenjak melakukan rawatan perubatan tersebut di dapati hari demi hari sel-sel kanser semakin berkurangan dan menujukkan tanda-tanda pulih.
Selain dari mengamalkan ayat-ayat Alquran dan perubatan moden wanita ini percaya yang amalan hariannya yang sudah memaafkan ibunya dan semua orang adalah penyumbang terbesar kesihatan beliau sekarang.

Kajian sains juga menunjukkan bahawan tekanan perasaan,marah,benci,dengki semua sifat-sifat negative sebenarnya akan mengumpulkan lagi bahan-bahan toksik di dalam badan seseorang.
Sifat pemaaf ini sebenarnya banyak faedahnya .Kebaikannya adalah kepada diri kita sendiri .Kita boleh menjalani hidup dengan lebih tenang,lebih fokus,dan segala apa yang kita usahakan Insya Allah akan lebih berjaya.

Jadi marilah kita sama-sama muhasabah diri memaafkan semua orang sebelum tidur malam dan menghalalkan segala hutang piutang kita pada orang lain.

Semoga tidur kita menjadi yang paling positif untuk malam tersebut dan semoga keesokkannya kita akan lebih sihat,lebih berjaya,lebih beriman,lebih positif.







Happy Reading
MLO



No comments:

Post a Comment